Saturday, September 18, 2010

Tribute to Syamsul Anuar a.k.a GRAFIKWARNA-Al-Fatihah

Assalamualaikum....hari ini dunia fotografi telah kehilangan seorang yang berbakat...Syamsul Anuar atau lebih dikenali sebagai Grafikwarna telah kembali ke hadrat Illahi pada kira-kira jam 5.00 pagi,18/9/2010 di kediaman beliau di Manjoi,Perak.

Beliau merupakan seorang jurugambar yang disegani dimana-mana,dengan sifatnya yang selalu senang dengan sesiapa sahaja membuatkan rakan-rakan senang apabila bersamanya. Ilmu yang dimilikinya sentiasa dikongsi bersama-sama tanpa mengharapkan balasan. Mesra dengan panggilan syam@GW sentiasa cuba melapangkan diri untuk turut serta bersama-sama dalam Outing,TT, dan apajua event bersama fotografer. Karya-karya HDR beliau sentiasa menjadi idaman setiap orang yang meminatinya...

Namun semua ini telah berakhir...Marilah kita mendoakan kesejahteraan beliau disana...Semoga roh arwah mendapat rahmat dari-Nya dan ditempatkan bersama golongan-golongan yang soleh.Aminn...

Tribute To GW (http://grafikwarna.com/) - Al Fatihah


antara karya-karya beliau





2 comments:

Anonymous said...

salam...beliau seorang yang sangat ramah..beliau lah yang telah memperkenalkan aku kpd rakan2 photo di sekitar ipoh dan perak..dan bnyk beri pandangan dan tunjuk ajar...apapun moga beliau dikurnia kesejahteraan di alam yang kekal abadi..insyaallah

Unknown said...

innalilillah.. dah berkurang satu permata dalam bidang fotografi..diharap agar ada pengganti selepas ini..

Post a Comment