Tuesday, November 15, 2011

KINI BERPINDAH!!!

KINI BERPINDAH KE BLOG BARU..SILA KLIK DISINI

Thursday, October 27, 2011

New Talent | Mimie Eveen






Thanks to Mimie Eveen for give Aspirasifoto chance to shoot you....best of luck ya~

Sri KL Graduation 2011






Congratulation to Graduating Class of 2011 on your graduation day. Hope you will success and best of LUCK on your exam...

Talent Shoot Out | Keyla Michi






Tuesday, August 30, 2011

Iklan Raya 2011

salam..selepas berhempas pulas memikirkan idea...jadi inilah hasilnya...dengan kekangan masa yang singkat dan kekurangan talent...hope terhibur dengan karya kami ini....



Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Kepada semua sahabat,rakan seperjuangan,rakan seperguruan,Sifoo2,pelanggan2 aspirasifoto dan semua yang mngenali kami :

Ampun dan maaf andainya kami ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana kami masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

~aspirasifoto team~

Wednesday, August 10, 2011

Outing Ramadhan 2011

BACA DARI MULA SAMPAI HABIS untuk mengelakkan pertanyaan yang bukan-bukan
~ konvoi dari Ipoh: berkumpul di Petronas Batu Gajah pukul 3.00 petang

~ pakai baju melayu/jubah (lelaki) @ baju kurung/kebaya/jubah (perempuan)

~ bawa gajet minimal (kamera + 1 lens je cukup. beg kamera tak payah bawak pun takpe kot. compact lagi bagus)

~ digalakkan berkongsi kenderaan bukan kongsi fa cai

~ semua umat dijemput hadir!!!

ATURCARA PROGRAM:

3.00pm : berkumpul di Petronas Batu Gajah (Petronas yg dekat Highway Ipoh-Lumut tu) - bagi yg ingin berkonvoi dari Ipoh ke Manjung
3.30pm : mula bertolak dari Petronas Batu Gajah
5.30pm : sesi outing human interest kat pasar ramadhan Sitiawan (sambil membeli juadah berbuka puasa)
6.30pm : berkumpul di gerai bazaar ramadhan Sitiawan
7.00pm : sesi talk oleh pengarah program (suai kenal - ramas mesra)
7.15pm : penyerahan sumbangan
7.30pm : majlis berbuka puasa santai
8.00pm : solat maghrib di masjid sitawan/surau balai bomba (bebas)
8.15pm : acara bebas/penutup

*yang nak terus ke Bazar Ramadhan Sitiawan pun boleh juga. kita berkumpul di sana pukul 5.00 petang

sempena Ramadhan ni saya mengajak kawan-kawan membuat sumbangan kepada seorang jurugambar Ipoh iaitu Harmanizan Haneff a.k.a. Jimie. Beliau terlantar sakit sejak beberapa bulan lalu akibat masalah tulang belakang dan memerlukan RM35,000 untuk kos pembedahannya. Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Harmanizan Haneff b Che Harun
Acc Maybank
1581 7291 4015

info lanjut:KLIK SINI

Ipoh X Day | 16 July 2011








alhamdulillah baru2 ini aspirasifoto team telah menyertai pameran fotografi di perak iaitu Ipoh X Day bersama rakan-rakan seperjuangan....disini sedikit gambar pada hari kejadian....Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong ASPIRASIFOTO selama ini....


Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada rakan2 sekalian.. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua.. InsyaAllah.. Ingin kami mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan..

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK dari ASPIRASIFOTO TEAM

Sunday, May 29, 2011

Konvokesyen PUO











tahniah diucapkan kepada jr.aspirasifoto yg telah selamat konvo...semoga terus sukses dimasa akan datang...

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Wednesday, April 6, 2011

Sekadar Berkongsi


Terima Kasih kepada En.Wazari Wazir kerana berkongsi gambar saya yang tidak seberapa ini di laman web beliau...Dan Terima kasih di atas tunjuk ajar beliau untuk mendapatkan hasil sebegini..

Credit to wazariwazir.com

Tuesday, April 5, 2011

Outing Muslimah






Thanks to Nurul for giving full support and commitment to us...

Wednesday, March 30, 2011

Outing Amal Fotografi






Alhamdulillah Outing Amal Fotografi anjuran Pendekar Fotoradikal + Hulubalang Digital + Belalang Perak berjalan dengan lancar...Jutaan terima kasih diucapkan kepada peserta dan pihak pengurusan Darul Hikmah yang sudi memberi kerjasama kepada kami.Semoga outing ini dapat mencapai objektif untuk berkarya sambil beramal..

p/s : kpd sesiapa yg ingin bersedekah kpd rumah anak yatim tersebut, aku sertakan no akaun RBH : 25811400001340 atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim / MIskin DaHikmah.

Wednesday, March 16, 2011

Outing Santai





Outing Santai anjuran AspirasiFoto dengan Kerjasama Tikushitaro Atworks,Shaherwan Photography dan Edy Yakuza Bedal...Outing yang bertujuan untuk mengumpul jurugambar2 ipoh disamping berkongsi maklumat dan ilmu dalam bidang fotografi ini...

Terima Kasih kepada semua yang hadir memeriahkan outing ini..

Berita Lanjut di PerakNews