Wednesday, February 25, 2009

Kisah Fotografer(jgn slah pham)

Lama tidak menulis...sekadar berkongsi cerita dari sahabat saya di forum PS...

Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari..
...berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan sperma dia) Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar² bayi.

"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu.."kalau macam tu..bagus la..saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudny a gambar bayi yang baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan masuk..dan duduk la..

""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapaketika. .."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat
atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar..

"Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang.. .

"Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya. .

"Yang ini saya buat masa di atas bus kat London.."Hah!...atas bas????" terkejut si isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi..

"Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..."

"Di depan public???"terkejut si isteri. "Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai..emaknya.. menjerit,terpekik. . sehingga saya tak boleh nak concentrate. Bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya. . " cerita si Photograper. .

"Awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat? ??" tanya si isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan..

"Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri.."Oh..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama..

""Errr... puan.???Puan? ?? la..dier pengsan!!

p/s:jangan pikir bukan² plak..just joke..peace!!

-reported by Athar Yusoff-

Saturday, February 14, 2009

Perkahwinan Nayon & Zalkhiah..


Pada 8 Februari yang lepas pihak aspirasifoto di jemput untuk makan kenduri di rumah saudara Nazrol Hisyam di Felda Lepang Nenering Pengkalan Hulu.Nazrol ni kawan saya masa kecik2 dulu..ha3.tau2 je nak kawin.dah kawin dah kawan sorang.tak tau bila lagi nak kami kenduri pulak.:).so untuk pasangan Nazrol ( nayon ) ngan zalkhiah..selamat pengantin baru dan selamat ke akhir hayat..info kitorang nanti kalau dah dapat baby..:p

-reported by Farwis Yusoff-

Sukan Tahunan SK Kuak Hulu



Pada 12 Feb,pihak Aspirasi Foto telah diberi tanggungjawab sebagai fotografer sempena sukan tahunan SK Kuak Hulu.Sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh Dato' Tan Lian Hoe,Ahli Parlimen Grik.Temasya sukan tahunan ini berlangsung dengan meriah sekali walaupun terdapat kekurangan yang tidak dapat di elakkan.Temasya sukan ini telah dimenangi oleh rumah Putra(kuning).Pelajar² SK Kuak Hulu begitu gembira sekali.Temasya sukan ini berakhir jam 6.30 ptg.

-reported by Athar Yusoff-

Monday, February 9, 2009

Langar Undang²

Gelagat manusia hari ini.Masih melanggar peraturan jalan raya.Pihak AspirasiFoto menasihatkan kepada semua lapisan masyarakat agar mematuhi undang-undang.
Berhati-hati di jalan raya dan patuhi undang² yang telah ditetapkan. Jangan sudah terkena baru mula timbul perasaan menyesal. Anda Mampu Mengubahnya. Ingatlah orang tersayang...

-reported by Athar Yusoff-

Cahaya Baru...


Tahniah diucapkan kepada pasangan En Affendi & Pn Siti Nur Naemah kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata.Semoga dengan cahaya baru ini akan dapat memberi kebahgiaan yang berpanjangan.Mohd Danial Afham nama diberi.Semoga menjadi anak yang soleh kelak.Aminn...
p/s:pasangan nie cikgu ms kt SMKPH,cg fendi ajar add math n isterinya ajar bi...

-reported by Athar Yusoff-

Wednesday, February 4, 2009

Kejamnya Israel

Pihak aspirasi foto melahirkan ucapan jutaan takhziah untuk warga Islam Palestin yang telah tersiksa sekian lama tanpa perhatian sewajarnya dari dunia..Kami turut serta dalam perhimpunan mengutuk tindakan zionis menyerang dan membunuh penduduk Palestine tanpa usul periksa..

salam takhziah dari kami..semoga Bendera Palestine boleh di kibarkan dengan megahnya satu hari nanti..Bebas Merdeka..

-reported by Farwis Yusoff-

Nor Fisyarina & Amran


ni pulak saya punya projek gambar untuk kak ita yang berjiran ngan saya.pasangan fisya dan amran ni rupanya dah kenal lama masa sekolah2 lagi.tapi jodoh tu baru je sampai.kak ita ni polis angkasa gaban dan amran nie keje kat klinik kroh nie..he..orang gomen jumpa gomen..:p..

ngan diorang ni pun best.tak malu untuk buat outdoor..best.dari naik moto klasik sampai laa lari2 kat taman..tq kak ita pasal sudi menghired kami sebagai penangkap gambar hari best anda..semoga cepat2 dapat baby tau..nak jadi pakcik gak kami nie..:)

-reported by Farwis Yusoff-

Nur Shakirin & Nor Azmi


Pada 9 dan 10 Januari yang lalu pihak saya telah diberi tanggungjawab oleh butik matahari sebagai photographer bagi salah seorang pelanggan mereka.Pengantin yang betul2 sporting dan penuh ngan idea untuk majlis perkahwinan beliau.tq bnyk2 erin sbb sudi mengambil kami sebagai photog pada hari berbahagia anda.

erin ngan azmi ni mmg sempoi.kami bergambar dari pagi sampai laa ke peteng untuk sesi outdoor.malam sebelumnya ( akad nikah ) erin ngan mie dah kena tukar baju sebanyak 4 pasang.mmg penat tapi best ngan komitmen yang di berikan oleh erin dan mie.sempoi laa kowang.

so insyaallah panjang umur kita jumpa lagi yer?erin jgn lupa bagi balik sari tu kat kak umi..:)

-reported by Farwis Yusoff-

Monday, February 2, 2009

Pakej Perkahwinan

Pakej Jed.
Mock up Album ( Sticky with Edited Cover )
Price start at RM 800

1. Majlis 1 hari

* meliputi majlis akad nikah dan sanding ( 4 hour coverage )
* 3 keping 8R(edited) dan 100-120 keping 4R
* 1 8r custom wood frame ( Black ) + one 8r liminated
* Price not include transport and delivery cost


Pakej Emas.
Custom Album only
Price start at RM 1350

You will get 1 basic custom album + 1 frame 8”x12”
8 x 24 inch custom album with glass concept ( 10 sheet)


Pakej Berlian.
Custom Album + Mock up Album
Price start at RM 1650

You will get :
1 basic custom album + 1 mock up album + 1 frame 8”x12”
8 x 24 inch custom album with glass concept ( 10 sheet )

Outdoor Session within customer hometown area in same day just a free gift.This free gift include for all package. ( Within 15 km only )


Add On Package

8 x 12 + laminating + Gold Frame
10 x 12 + Laminating + Gold Frame
8 x 12 Canvas + Gold Frame
10 x 12 Canvas + Gold Frame
DVD + 200 Raw pics + Custom Case

Hubungi kami untuk mendapatkan quotation harga mengikut pakej

Kenapa Perlu Bayar Fotografer

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.