Friday, September 11, 2009

Program Berbuka Bersama Anak Yatim Ar-Raudah

salam kepada semua...
alhamdulillah perancangan geng photoskool ipoh berjaya dilaksanakan....

Program yang bermula pada pukul 6.30 ptg dengan tazkirah ramadhan oleh En Omar, penaung asrama kepada penghuni asrama, ( rasanya budak2 tu x faham apa satu pun sbb masa tu Geng Ipoh tgah dok shoot jer diorang, tgh cover pose la masing2 ).. catering tiba pada jam 7.. agak lewat.. tapi bila tiba saja waktu berbuka, Alhamdulillah semuanya telah tersedia. Setelah menjamu juadah ringan, kami sama2 solat Maghrib berjamaah. Kemudian kami sambung belasah santapan utama selepas solat.

Memang sedap juadah berbuka kali ni, Ayam Madu, Nasi Beriani, Kurma Daging, Sirap Selasih, Bubur Lambuk dan Buah Tembikai.. ( hehe.. meleleh air liur kome ek ). Lepas makan, rehat2 kan perut sekejap, bagi turun sikit smbil menyaksikan gelagat anak2 yg seronok sbb da kenyang. Tapi belum habis lagi... Kami keluarkan aiskrim coklat pulak sebagai pencuci mulut ( thn lepas pun bg aiskrim gak..hehe ) ..

Dalam masa menikmati aiskrim yang sedap tu, slideshow gambar dari seisi program yang lepas ditayangkan pada penghuni asrama. Selesai saja seisi tayangan slideshow, masa untuk bergambar pun bermula.

Seisi bergmbar pada tahun ini ada sedikit kelainan, kesemua gambar yang telah diambil, dicetak pada masa yang sama . Masa tu berebut2 la anak2 yatim tu pilih gambar. Memang meriah kerana mereka dapat melihat terus output dari seisi bergambar .

Kesemua gambar2 dipotong dan dilekatkan atas kertas kad hitam dan ditampalkan pada dinding asrama sebagai kenang kenangan untuk mereka..

Kesimpulan untuk program kali ini, kami berjaya menghiburkan penghuni Anak Yatim Ar-Raudhah dan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini dan juga kepada individu yang memberi sumbangan kepada mereka. Semoga segala yang telah diberikan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Amin.(credit 2 one_...copy report dari one_)

sedikit gambar pada majlis tersebut....

antara yg hadir

tayangan gambar

solat berjemaah bersama-sama

budak yg pling comel..hehe

penghuni puteri

penghuni putera

-Reported by Athar Yusoff-

0 comments:

Post a Comment