Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri Buat Semua...


Salam kepada semua..syawal kini hampir tiba..kami di AspirasiFoto ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin kepada semua...

Ampun dan maaf andainya

TERkasar bahasa...
TERsilap bicara...
TERmarah yang x kena...
TERtanya x tentu hala...
TERsasul yang x sengaja...

TERpukul kt mana-mana...
TERpekik kt telinga...
TERhantuk di kepala...
TERpinjam harta benda...
TERmoody x semena-mena...
TERumpat bila-bila...
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena....

Semoga dimaafkan dan bersama-samalah kita meraikan hari yang berbahgia ini...

p/s:jemputlah datang ke rumah raya nie....jgn main mercun...ingatlah orang tersayang...


Friday, September 11, 2009

Ipoh Ramadhan Shoot Out

Salam...pada 11/09/09 saya bersama perak alpha region telah menganjurkan satu outing..iaitu ramadhan shoot out di bazaar ramadhan stadium perak...alhamdulillah outing kali ini mendapat smbutan...Seramai lebih kurang 15 org photographer yang mengikuti outing kali ini....Boleh dikatakan outing kali ini berjaya....terima kasih kepada semua yang terlibat dalam outing ini...

Ini sedikit gambar yg x brape cantik...






-reported by Athar Yusoff-

Program Berbuka Bersama Anak Yatim Ar-Raudah

salam kepada semua...
alhamdulillah perancangan geng photoskool ipoh berjaya dilaksanakan....

Program yang bermula pada pukul 6.30 ptg dengan tazkirah ramadhan oleh En Omar, penaung asrama kepada penghuni asrama, ( rasanya budak2 tu x faham apa satu pun sbb masa tu Geng Ipoh tgah dok shoot jer diorang, tgh cover pose la masing2 ).. catering tiba pada jam 7.. agak lewat.. tapi bila tiba saja waktu berbuka, Alhamdulillah semuanya telah tersedia. Setelah menjamu juadah ringan, kami sama2 solat Maghrib berjamaah. Kemudian kami sambung belasah santapan utama selepas solat.

Memang sedap juadah berbuka kali ni, Ayam Madu, Nasi Beriani, Kurma Daging, Sirap Selasih, Bubur Lambuk dan Buah Tembikai.. ( hehe.. meleleh air liur kome ek ). Lepas makan, rehat2 kan perut sekejap, bagi turun sikit smbil menyaksikan gelagat anak2 yg seronok sbb da kenyang. Tapi belum habis lagi... Kami keluarkan aiskrim coklat pulak sebagai pencuci mulut ( thn lepas pun bg aiskrim gak..hehe ) ..

Dalam masa menikmati aiskrim yang sedap tu, slideshow gambar dari seisi program yang lepas ditayangkan pada penghuni asrama. Selesai saja seisi tayangan slideshow, masa untuk bergambar pun bermula.

Seisi bergmbar pada tahun ini ada sedikit kelainan, kesemua gambar yang telah diambil, dicetak pada masa yang sama . Masa tu berebut2 la anak2 yatim tu pilih gambar. Memang meriah kerana mereka dapat melihat terus output dari seisi bergambar .

Kesemua gambar2 dipotong dan dilekatkan atas kertas kad hitam dan ditampalkan pada dinding asrama sebagai kenang kenangan untuk mereka..

Kesimpulan untuk program kali ini, kami berjaya menghiburkan penghuni Anak Yatim Ar-Raudhah dan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini dan juga kepada individu yang memberi sumbangan kepada mereka. Semoga segala yang telah diberikan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Amin.(credit 2 one_...copy report dari one_)

sedikit gambar pada majlis tersebut....

antara yg hadir

tayangan gambar

solat berjemaah bersama-sama

budak yg pling comel..hehe

penghuni puteri

penghuni putera

-Reported by Athar Yusoff-

aspirasifoto ke Kuantan?


Insyaallah pada tahun hadapan aspirasifoto akan ke Kuantan untuk memenuhi jemputan bakal pengantin yang berada di sana.Alhamdulillah jika semua berjalan dengan lancar maka pada Mac 2010 pihak aspirasifoto akan mengembangkan lagi legasi foto kami ke negeri Pahang.Pihak aspirasifoto berhasrat untuk pergi lebih jauh dan Insyaallah akan ke benua lain hendaknya..amin.doakan kami agar boleh sampai ke tahap seperti mana otai-otai yang lain sampai..

-Reported by Farwis Yusoff-

Terima Kasih Tak Terhingga

terima kasih kalian kerana telah sudi mengambil kami sebagai jurugambar majlis gilang gemilang anda semua..semoga hubungan kita sebagai kawan akan kekal selamanya..

Bak Enggang ?


Bagaimanakah corak pemikiran kita?adakah kita masih menjadikan enggang sebagai idola?susah untuk dinyatakan..adakah kita sendirian atau kita di tinggalkan kerna kita di ibaratkan sebagai enggang..selamat menyambut ramadhan al mubarak...