Wednesday, September 29, 2010

Outing Pendekar - Ipoh







Terima kasih di ucapkan kepada penganjur Outing Pendekar (tikush,akies,oky n seluruh warga kerja Pendekar) kerana sudi menjemput kami untuk bersama-sama berkongsi ilmu...Terima kasih juga kepada talent-talent yang begitu sempoi,bella,illa n biebie kerana memberi kerjasama kepada kami semua....Objektif utama outing ini adalah untuk mengumpul photog-photog di Ipoh di samping merapatkn silaturahim sesama kita....Outing ini berjalan dengan lancar tanpa masalah....thanks all!!!!

Jumpa lagi nanti!!!

Outing Pendekar - Ipoh




Ronda-ronda sekitar ipoh dan inilah yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat...

Saturday, September 18, 2010

Tribute to Syamsul Anuar a.k.a GRAFIKWARNA-Al-Fatihah

Assalamualaikum....hari ini dunia fotografi telah kehilangan seorang yang berbakat...Syamsul Anuar atau lebih dikenali sebagai Grafikwarna telah kembali ke hadrat Illahi pada kira-kira jam 5.00 pagi,18/9/2010 di kediaman beliau di Manjoi,Perak.

Beliau merupakan seorang jurugambar yang disegani dimana-mana,dengan sifatnya yang selalu senang dengan sesiapa sahaja membuatkan rakan-rakan senang apabila bersamanya. Ilmu yang dimilikinya sentiasa dikongsi bersama-sama tanpa mengharapkan balasan. Mesra dengan panggilan syam@GW sentiasa cuba melapangkan diri untuk turut serta bersama-sama dalam Outing,TT, dan apajua event bersama fotografer. Karya-karya HDR beliau sentiasa menjadi idaman setiap orang yang meminatinya...

Namun semua ini telah berakhir...Marilah kita mendoakan kesejahteraan beliau disana...Semoga roh arwah mendapat rahmat dari-Nya dan ditempatkan bersama golongan-golongan yang soleh.Aminn...

Tribute To GW (http://grafikwarna.com/) - Al Fatihah


antara karya-karya beliau





Sunday, September 12, 2010

Iklan Raya by Aspirasi Foto


Cerita ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...Saksikanlah

Friday, September 3, 2010

Selamat Menyambut Aidilfitri





"Shamsul Anuar Bin Adnan a.k.a. Grafikwarna adalah seorang sahabat yang sempoi. Terus terang aku cakap yang aku mengagumi beliau kerana bakat beliau dan juga kerana sikap beliau yang pemurah. Setakat makan minum tu memang menjadi lumrah beliau untuk belanja kawan2. Beliau juga memang rajin turun padang jika ada outing2 yang berkaitan fotografi nie. Ilmu HDR beliau telah membuka mata ramai orang & ramai yang telah mendapat ilmu itu dari beliau secara "PERCUMA" termasuklah aku.

Tapi kini semuanya seperti "beku". Grafikwarna kini terlantar di atas katil. Dari segi kewangan, sudah berpuluh ribuan ringgit yang sudah terbang dan aku yakin yang beliau dan keluarga beliau kini mengharapkan sedikit bantuan kewangan kerana beliau masih lagi berada dalam rawatan. Beliau masih lagi terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk ubat2an.

Beliau mempunyai 2 orang anak dan aku percaya kini bebanan kewangan itu dipikul oleh isteri beliau. Aku percaya sekiranya kita hanya mampu menyumbangkan sekadar..."
-Shahabudin_